Mahabbah Entertainment (ME) adalah satu produk baru kami yang berkonsepkan pakej sewaan hiburan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis pemyampaian hadiah, majlis makan malam dan seumpamanya. Majlis pelancaran ME telah diadakan di Dewan Merak SMK Meru pada 28 Jun 2009 iaitu semasa pelancaran Hari Koperasi Sekolah sekolah kami. ME menawarkan pakej sewaan hiburan untuk nasyid, kompang, cempuling, sistem audio video dan deejay dengan harga yang menarik. Konsep hiburan kami ialah hiburan islamik lagi kontemporari.
Produk baru ini diwujudkan bersempena dengan program pembudayaan keusahawanan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kami memilih nama Mahabbah yang bermaksud kasih sayang kerana hiburan kami bertujuan mewujudkan dan merapatkan hubungan tali silaturrahim sesama manusia. Melalui hiburan kami sampaikan mesej-mesej positif seperti nilai-nilai positif seperti kasih sayang, semangat patriotik, hormat menghormati dan sebagainya. Matlamat kami bukan sahaja untuk ekonomi tetapi juga untuk membina sahsiah di pihak kami dan juga penonton. Kami berharap pembaca sekalian menyokong produk baru kami ini. Sekiranya berminat silalah hubungi kami di talian 03-33921173(pejabat koperasi) atau 0192322000(cikgu Sarimah) untuk tempahan.
Selasa, 8 September 2009
Bilangan Anggota sehingga ogos 2009
Anda ingin tahu berapa ahli kami?
Sekolah kami merupakan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang paling ramai di daerah Klang. Sekolah kami juga unik kerana sekolah kami merupakan satu-satunya sekolah modal khas di Selangor iaitu program sekolah rendah di bawah pentadbiran yang sama dengan sekolah menengah. Bagaimanapun adik-adik kecil sekolah rendah tersebut tidak layak lagi menjadi anggota koperasi kerana masih tidak cukup umur. Maklumat di bawah adalah maklumat tentang anggota kami:
Bilangan Anggota sehingga Og0s 2009
Anggota guru
i. Lelaki = 10 orang
ii Perempuan =76 orang
Pelajar
i. Lelaki
a. Ting.5 =301 orang
b. Ting.4=309 orang
c. Ting.3 =298 orang
d. Ting.2 =281 orang
e. Ting.1 = 93 orang
ii. Perempuan
a. Ting.5 =245 orang
b. Ting.4 =236 orang
c. Ting.3 =255 orang
d. Ting.2=274 orang
e. Ting.1=103 orang

Langgan:
Catatan (Atom)