Selasa, 8 September 2009

Mahabbah Entertainment

Mahabbah Entertainment (ME) adalah satu produk baru kami yang berkonsepkan pakej sewaan hiburan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis pemyampaian hadiah, majlis makan malam dan seumpamanya. Majlis pelancaran ME telah diadakan di Dewan Merak SMK Meru pada 28 Jun 2009 iaitu semasa pelancaran Hari Koperasi Sekolah sekolah kami. ME menawarkan pakej sewaan hiburan untuk nasyid, kompang, cempuling, sistem audio video dan deejay dengan harga yang menarik. Konsep hiburan kami ialah hiburan islamik lagi kontemporari.

Produk baru ini diwujudkan bersempena dengan program pembudayaan keusahawanan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kami memilih nama Mahabbah yang bermaksud kasih sayang kerana hiburan kami bertujuan mewujudkan dan merapatkan hubungan tali silaturrahim sesama manusia. Melalui hiburan kami sampaikan mesej-mesej positif seperti nilai-nilai positif seperti kasih sayang, semangat patriotik, hormat menghormati dan sebagainya. Matlamat kami bukan sahaja untuk ekonomi tetapi juga untuk membina sahsiah di pihak kami dan juga penonton. Kami berharap pembaca sekalian menyokong produk baru kami ini. Sekiranya berminat silalah hubungi kami di talian 03-33921173(pejabat koperasi) atau 0192322000(cikgu Sarimah) untuk tempahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan